Pengenalan:
Gula, makanan tanpa khasiat dan memudaratkan, tetapi digunakan tiap-tiap hari.
Kerana manisnya, badan binasa!
Gula menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia juga menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh.
1. Nama gula yang lain
Glukosa, Fruktosa, Laktosa, Maltosa, Sukrosa, Sirap Glukosa, Sirap maple, Molases, sirap hitam, Sirap kencana, Dektrosa, Sorbitol.
2. Jangan diperdaya
Ada orang kata tanpa makan gula akan berasa letih. Ia tidak benar. Jika seseorang tidak makan nasi, mi, mihun,roti, charkiuteow, roti canai......tentu lapar. Bila lapar, tentu letih. Bila letih, tentu rasa tidak bertenaga.
Sebenarnya, bila kita makan, makanan yang kita makan itu ialah gula (dalam bentuk kaborhidrat). Gula itu dicerna, diproses dan mengeluarkan tenaga untuk memanaskan badan kita.
Jadi, fahamlah sekarang kita sudah makan gula tiap-tiap hari.
Formula: Jangan makan berlebihan(Bila rasa enak nak makan lagi, stop...)