Monday, March 22, 2010



Hai, Kawan-kawan...

Apa khabar?

Ini bukan gambar budak saya. Budak sekolah saya comel-comel belaka. Tapi saya tukarkannya dalam bentuk kartun. Lain kali tunjuk gambar sebenar.

Monday, March 15, 2010

Punca utama kegemukan

Pengenalan:



Gula, makanan tanpa khasiat dan memudaratkan, tetapi digunakan tiap-tiap hari.



Kerana manisnya, badan binasa!



Gula menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia juga menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh.







1. Nama gula yang lain



Glukosa, Fruktosa, Laktosa, Maltosa, Sukrosa, Sirap Glukosa, Sirap maple, Molases, sirap hitam, Sirap kencana, Dektrosa, Sorbitol.







2. Jangan diperdaya



Ada orang kata tanpa makan gula akan berasa letih. Ia tidak benar. Jika seseorang tidak makan nasi, mi, mihun,roti, charkiuteow, roti canai......tentu lapar. Bila lapar, tentu letih. Bila letih, tentu rasa tidak bertenaga.





Sebenarnya, bila kita makan, makanan yang kita makan itu ialah gula (dalam bentuk kaborhidrat). Gula itu dicerna, diproses dan mengeluarkan tenaga untuk memanaskan badan kita.


Jadi, fahamlah sekarang kita sudah makan gula tiap-tiap hari.





Formula: Jangan makan berlebihan(Bila rasa enak nak makan lagi, stop...)

Betulkah gula menggemukkan?

Rata-rata kita terdengar gula menggemukkan?
Betulkah?
Pernah bertemu seorang pengetua di suatu kursus di sebuah hotel, beliau berkata: Kalau tidak minum kopi atau teh yang manis, nanti senyuman pun jadi tak manis!
Beliau menambahkan 6 camca gula pasir ke dalam secawan teh.

Di manakah bukti dapat menolak kenyataan beliau dan menyedarkan bahawa gula itu sebenarnya pembunuh senyap-senyap?

Kempen derma darah

Derma darah setahun sekali