Saturday, June 19, 2010

Siapakah orang pujaan Bill Gates

Ramai orang tertanya-tanya siapakah orang pujaan Bill Gates?
Bermacam-macam orang ternama disebut.
Ada yang menyatakan bintang filem, president, Tiger Woods, usahawan-usahawan yang berjaya, atau yang lain-lain lagi.
Tetapi kesemuanya dinafikan oleh Bill Gates.
Bapa Bill Gates seorang peguam, seorang veteran askar.
Beliau berpegang pada prinsip berikut:
1. Never look down your children.
2. Have a solid tradition.
3. Don't neglect games or children activities.
4. Allowed children to ask why and never laugh of their 'dream'.

Bill diperbesarkan demikian, beliau diberi tugas sebagai pengawas perpustakaan. Bill melaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kreativiti. Walaupun beliau telah berpindah sekolah, beliau tetap balik ke sekolah lama dan menyumbangkan khidmatnya.

Dari mana Bill dapat ilham dan motovasi ini?

Jawapnya dari bapanya yang sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepadanya.

Jadi, siapakah orang pujaan Bill Gates?

Monday, June 7, 2010

Komputer terlalu berat

Sudah lebih 2 jam saya berada di kedai komputer. Komputer saya terlalu lambat. Juru teknik mencadangkan mengalih sebahagian dokumen di disk C ke Disk D. Bila direnung dokumen-dokumen yang lalu, nampaknya kebanyakkan sudah tidak 'up-date' kalau 'delete', rasa tidak rela.

Sudah tahu dokumen tidak dipakai, tetapi ingat ia akan digunakan di lain hari. Jadi timbunan menjadi semakin banyak, ia melambatkan kelicinan kerja-kerja harian.

Saya refleks pada pelaksanaan kerja harian, contohnya baju yang lama tak pakai, masih simpan di dalam almari, ia menyempitkan ruang yang terhad itu. Paper-paper lama tak rela diderma pada 'pemungut recycle paper'. Jadi akhirnya rumah kita penuh dengan harta yang tidak dipakai.

Penyelesaian Hoo ialah kalau boleh jual, juallah. Kalau boleh derma, dermalah. Kalau boleh dihadiahkan, hadiahkan kepada sesiapa yang memerlukannya. Bila kita bersihkan objek-objek yang tidak dikehendaki itu, banyak kekosongan boleh wujud. Jadi kita boleh mengisikan sesuatu yang baru. Ia memberi tarik nafas yang baru kepada ruang yang lama.

Kesimpulannya ialah jimat secara berhemat, buang-ambil secara'smart'.

Akhirnya komputer saya menjadi cepat. Alangkah suka hatinya...

Tuesday, June 1, 2010

Derma Darah

Menderma darah sudah menjadi acara amal tahunan saya.

Sempena Hari Guru tahun ini, bertemakan"Guru Pembina Negara Bangsa", PPD Manjung pun menganjurkan kempen darah bagi golongan guru.

Tanpa ragu-ragu, saya pun buat pendaftaran awal.

Menurut kajian perubatan, darah akan diperbaharui setiap 120 hari. Darah yang usang akan dikumuhkan melalui pembuangan najis. Darah yang baru akan dijana oleh sumsung tulang. Kita tidak tahu bila pertukaran darah berlaku. Tetapi pastinya darah baru akan dibentuk. Oleh itu darah yang kita derma itu boleh membantu orang lain, lebih baik daripada dibuang. Dengan perkataan bahasa pasar ialah 'recycle darah'.

Menderma darah maksimum ialah 4 kali setahun. Menderma darah sekali setahun untuk manfaat diri sendiri sahaja. Di samping itu, ia menyihatkan badan kerana ada pemeriksaan doktor.



Jom, mari kita pergi ke..... Kemudian makan hati lembu, hati kambing untuk menghadiahkan diri sendiri, kerana buat amalan yang mulia ini.