Monday, June 7, 2010

Komputer terlalu berat

Sudah lebih 2 jam saya berada di kedai komputer. Komputer saya terlalu lambat. Juru teknik mencadangkan mengalih sebahagian dokumen di disk C ke Disk D. Bila direnung dokumen-dokumen yang lalu, nampaknya kebanyakkan sudah tidak 'up-date' kalau 'delete', rasa tidak rela.

Sudah tahu dokumen tidak dipakai, tetapi ingat ia akan digunakan di lain hari. Jadi timbunan menjadi semakin banyak, ia melambatkan kelicinan kerja-kerja harian.

Saya refleks pada pelaksanaan kerja harian, contohnya baju yang lama tak pakai, masih simpan di dalam almari, ia menyempitkan ruang yang terhad itu. Paper-paper lama tak rela diderma pada 'pemungut recycle paper'. Jadi akhirnya rumah kita penuh dengan harta yang tidak dipakai.

Penyelesaian Hoo ialah kalau boleh jual, juallah. Kalau boleh derma, dermalah. Kalau boleh dihadiahkan, hadiahkan kepada sesiapa yang memerlukannya. Bila kita bersihkan objek-objek yang tidak dikehendaki itu, banyak kekosongan boleh wujud. Jadi kita boleh mengisikan sesuatu yang baru. Ia memberi tarik nafas yang baru kepada ruang yang lama.

Kesimpulannya ialah jimat secara berhemat, buang-ambil secara'smart'.

Akhirnya komputer saya menjadi cepat. Alangkah suka hatinya...

1 comment:

  1. Betul tu... saya baru saja hantar kertas-kertas utk recycle ... dalam 131 kg... dapat juga RM35.00... nak simpan , sakit mata memandang... entah bila nak guna kerana niat nak buat master tiada dalam kamus saya buat sama ini ... nota IAB dulu pun tak bersentuh tika belajar di UPSI ... kalau dah tukar niat nak buat master , baru fikirkan... cuma saya beli axternal hard disk 320gb ganti yang lama 60 gb je ....1/3 partition pun tak penuh ... So.. tindakan Ah Ho tu betul ... lama-lama karta karun dimakan anai-anai pun tak sedar ... byk maklumat terbaru akan muncul .. so .. leave it...

    ReplyDelete