Tuesday, June 1, 2010

Derma Darah

Menderma darah sudah menjadi acara amal tahunan saya.

Sempena Hari Guru tahun ini, bertemakan"Guru Pembina Negara Bangsa", PPD Manjung pun menganjurkan kempen darah bagi golongan guru.

Tanpa ragu-ragu, saya pun buat pendaftaran awal.

Menurut kajian perubatan, darah akan diperbaharui setiap 120 hari. Darah yang usang akan dikumuhkan melalui pembuangan najis. Darah yang baru akan dijana oleh sumsung tulang. Kita tidak tahu bila pertukaran darah berlaku. Tetapi pastinya darah baru akan dibentuk. Oleh itu darah yang kita derma itu boleh membantu orang lain, lebih baik daripada dibuang. Dengan perkataan bahasa pasar ialah 'recycle darah'.

Menderma darah maksimum ialah 4 kali setahun. Menderma darah sekali setahun untuk manfaat diri sendiri sahaja. Di samping itu, ia menyihatkan badan kerana ada pemeriksaan doktor.



Jom, mari kita pergi ke..... Kemudian makan hati lembu, hati kambing untuk menghadiahkan diri sendiri, kerana buat amalan yang mulia ini.

3 comments:

  1. Hello Ho...tahniah. Derma darah ok jangan derma "dara" ye...Ho apa khabar?

    ReplyDelete
  2. Khabar baik. Apa projek besar Nouri yang dirancang diblog yang lalu-lalu?

    ReplyDelete
  3. Mendapatkan maklumat terkini dari Bahagian Sumber Manusia, SPP dan pengalaman kawan-kawan dari Kohort terdahulu dan universiti2 lain tentang prosedur yang perlu diikuti, dibuat dan diambil tahu agar kita tidak terlepas pandang tentang pelantikan DG41. Kohort terdahulu ada yang masih belum dipanggil temuduga puncanya lewat submit permohonan kerana sikap "tidak ambik peduli". Jadi melihat kepada senario rakan2 kita yang semakin sepi....takut2 terlepas pandang. Sebab itu Yati minta kawan2 aktifkan blog masing2....

    ReplyDelete