Sunday, April 25, 2010

Jenaka Kecil

Jenaka kecil mempunyai tempat istimewa dalam kehidupan. Jenaka kecil diperlukan bagi menarik perhatian hadirin, menghiburkan, melegakan perasaan hadirin serta menguruangkan rasa bosan ketika mendengar ceramah atau ucapan dan menyokong hujah atau pandangan yang diberikan.
Walau bagaimanapun, kita harus berhati-hati dalam menggunakan jenaka kecil dengan mengambil kira latar belakang hadirin dan budaya setempat.
Jenaka kecil juga boleh dilakukan dengan menggunakan elemen non-verbal seperti kelakuan tubuh, kelakuan tangan dan jari-jari, cemek muka dan suara.
Jika anda tidak pastikan bagaimana mencuit hati orang lain, elakkanlah sahaja daripada berkongsi jenaka kecil tersebut.
Walau bagaimanapun, sedikit latihan boleh membantu anda sebelum menyampaikan jenaka kecil dalam perbualan anda.

1 comment:

  1. Hohohohoho....mana dia jenaka kecilnya. Tulislah kat sini. Aku nak baca.

    ReplyDelete