Thursday, April 15, 2010

Berjumpa & Bwepisah

Hai , Kawan-kawan sekalian,
Melawat ke Sekincan penuh memeori. Terutama buat Hoo .
Hoo tidak jumpa En. Ang Kim Choon buat 20 tahun. Dialah yang menerima Hoo di Pelabuhan Sarikei pada 11 Januari 1989 petang, buat pertama kali posting di Bumi Kenyalang.

Melalui pertolongan GPK Pn. Tan Foo Gek, Akhirnya Hoo berjumpa dengan GB Ang.

GB Ang tetap macam 20 tahun yang lalu. Senyuman tersipu-sipu dengan nada percakapan yang lunak. Zaman keremejaan masih terukir pada mimik mukanya. Beliau sangat bersyukur kerana kami berpeluang bersua di tapak bekas sekolahnya.

Beliau memberitahu saya ada yang diantara kumpulan mereka sudah meninggal dunia kerana kanser. Saya membalas ada yang diantara kumpulan saya kena perbedahan by pass kerana sumbatan arteri darah di jantung. Kami berdua sangat bersyukur kerana masih sihat walafiat.
Kami berharap dapat berjumpa balik kawan-kawan yang telah hilang contact.
Oleh kerana masa tersuntuk, kami berpisah dengan meninggalkan nombor telefon masing-masing. Semoga kami bertemu di suatu hari nanti di lain tempat nanti.

Disini, saya amat berterima kasih kepada Pn. Tan yang berusaha tanpa jemu-jemu.

2 comments:

  1. Tahniah Ho.. Makin hari makin menyerlah bahasa melayu u ... Saya tabik ... melalui penulisan u makin canggih hingga sajak, renungan semua dlm BM.. I pun tak ada idea ... Inilah 1 Malaysia ... Tahniah ...U memang seorang sahabat yang baik ....

    ReplyDelete
  2. Hoo,
    Saya tumpang gembira jg. bukan senang jumpa semula kawan yg telah 20 thn berpisah.

    ReplyDelete