Sunday, April 4, 2010

Penggunaan ICT Dalam P & P

Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran
Pengenalan
Sudah lebih satu dekad yang dahulu, perkembangan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membawa impak dalam kehidupan harian kita dan perubahan masyarakat secara beransur-ansur. Ia tidak hairan jika minat, perhatian dan wang dilaburkan di dalam bidang pendidikan. Penggunaan ICT yang terancang dan sesuai dengan tahap penerimaan pelajar akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, minat ingin belajar di kalangan pelajar dapat dipupuk. Tabiat ingin maju ini akan membawa keinginan meneroka ilmu pengetahuan yang mana pengetahuan adalah kunci membuka khazanah kehidupan seseorang.
Faedah Pengajaran guru menggunakan ICT
1. Penyediaan rancangan mengajar yang lebih awal akan membawa pengajaran yang lebih sistematik, teratur, kemas dan menyeronokan. Penyediaan yang awal membawa psikologi guru yang lebih tenteram dan lebih kreatif serta innivatif dalam cara-cara penyampaian isi kandungan kepada pelajar.

2. Pengunaan ICT bersesuaian dengan sukatan kurikulum mengikut tahap tertentu. Rajah-rajah, gambar-gambar dapat dicari dari internet yang selalu dikemaskinikan. Ia menarik dan bersesuai an dengan minda penerimaan pelajar.


3. Aktiviti pengajaran dengan alat bantuan mengajar yang dicari dari internet.Contohnya pembedahan perut boleh ditonton melalui klip video . Simulasi letupan gunung berapi dapat dibuat di makmal computer. Ini membuat pengajaran guru lebih aktif, menarik dan bukan setakt membaca teks sahaja. Pelajar akan lebih menghayati sesuatu topic kerana ‘seeing is believeing’.

Faedah Pembelajaran Murid Menggunakan ICT
1. Suasana pembelajaran lebih menyoronok, mencabar melalui audio dan visual. Fokus kepada topik dapat diwujudkan.

2. Peningkatan daya kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Dengan itu, ia memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang terdiri daripada berbagai –bagai tahap mentaliti dan keupayaan. Pendemokrasian pendidikan dapat dibangunkan.


3. Memotivasikan murid ingin mengakses internet kerana ingin tahu lebih mendalam lagi. Dengan ini, ia membolehkan pembelajaran kendiri tanpa panduan guru disisinya. Selain itu, tiada had masa belajar dan tempat belajar tertentu. Ia melatih pelajar mendisiplinkan diri untuk belajar kerana pembelajaran adalah di mana-mana dan untuk keguanaan diri sendiri.

4. Menjimatkan kos pembelajaran. Contohnya menjalankan uji kaji tindakbalas kimia. Melalui software yang tertentu, pelajar boleh memerhati tindakbalas bahan kimia tersebut tetapi tidak mendatangkan bahaya. Di samping itu, pengumpulan data yang mana ia adalah sangat penting dalam analisis kajian itu.


5. Pembelajaran ‘hand-on’ meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid. Ia memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Jika pelajar menghadapi masalah, pelajar akan meminta pertolongan dari rakan sebaya. Dengan ini, kemahiran ICT pelajar menuju kearah pembelajaran seumur hidup.

Bagaimana jika guru ialah buta ICT, atau fobia kepada komputer?

Guru-guru harus tahu peredaran zaman tidak menunggu orang. Dalam zaman ledapan informasi ini, setiap 18 bulan, informasi akan dikemaskini sekali. Guru-guru yang tidak tahu mengendali komputer perlu ada initiatif untuk mempelajarinya. Dengan ada tekad yang ada, pasti boleh berjaya, biarkan lambat, asalkan selamat. Guru-guru tidak perlu menjadi pakar komputer, tetapi setakat boleh menggunakannya sudah cukup. Kita perlu belajar memandu kereta untuk pergi ke tempat kerja, ia adalah untuk memudahkan kehidupan kita. Tetapi kita tidak payah menjadi seorang jurutera kereta atau mekanik. Biar komputer yang rosak dibaiki oleh juruteknik komputer. Jadi kecekapan guru menggunakan komputer bergantung kepada minda dan sikap keterbukaan guru untuk menyelenggarakannya. Selain itu, bukan setiap bab matapelajaran menggunakan komputer. Guru berhak memilih menggunakan apa jenis alat bantuan mengajar untuk menyampaikan matapelajarannya.

Kesimpulan

Malaysia merupakan satu-satu buah negara yang disokong oleh kerajaan dalam pembangunan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Impaknya ICT bukan sahaja membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengukuhkan dan menceriakan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran mengikut initiatif guru-guru yang berkenaan. Tambahan pula, sokongan daripada ibu bapa, ahli-ahli masyarakat dan komuniti sekeliling prihatin mendorong pihak sekolah tidak teragak-agak melabur dalam infra-struktur ICT ini. Di harap konsep pembelajaran berasaskan ICT melonjakkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran, sama ada pelajar itu berada di sekolah bandar, luar bandar atau di hutan belantara.

Rujukan
Bahagian Teknologi Pendidikan. (2002). Panduan perlaksanaan
pengkomputeran di sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ng Wai Kong, (1999). ICT & pengajaran. http://www.ptpm.usm.my/ICT-
BM(1).htm

Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching
and learning. Singapore: Prentice Hall.

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN- ICT- DALAM-PENDIDIKAN

http://www.scribd.com/doc/7857770/Penggunaan ICT- Dalam- Pengajaran- Dan-
Pembelajaran.

6 comments:

  1. tahniah ... bagi orang yang buta it tu maknanya dia benar-benar buta dan tak pernah nak merentas zaman .. orang malaysia dah sampai sampai angkasa tapi mereka masih dengan stail lama .. anyway tahniah buat semua kohort 9 yang tak buta / fobia ICT ...

    ReplyDelete
  2. Harap kita sebagai pentadbir dan pemimpin sekolah, sentiasa beri motivasi dan sokongan padu kepada guru-guru di bawah jagaan supaya dapat mengikut arus pendidikan masa kini.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana jika guru ialah buta ICT, atau fobia kepada komputer?

    Saya ingi respon sedikit soalan tersebut.
    Dalam sekeliling saya, jarang jumpa guru yang buta ICT atau fobia kepada komputer, hanya guru yang kurang mahir dalam komputer.
    Mungkin kerana saya tinggal di bandar.

    Yang penting ialah pengurus sekolah, beliau perlu celik komputer dan seterusnya memberi motivasi kepada guru-guru yang kurang mahir dalam komputer.Beliau boleh merancangkan banyak program mempelajari komputer yang boleh dijalankan dalam perkembangan staf dalaman.
    Pengurus sekolah juga berikthir melengkapkan sekolah dengan kelengkapan peralatan komputer dan mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra mengguna komputer. Keprihatinan pengurus sekolah terhadap guru-guru yang kurang mahir komputer akan merangsangkan mereka untuk mempelajari komputer.
    Untuk guru-guru yang fobia komputer, saya fikir pengurus sekolah yang berkeprihatinan akan menggunakan tektik psikologi untuk menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  4. Guru yang fobia komputer adalah guru yang kurang mahu belajar.Jadi, berilah dorongan dan galakan yang membina.Akhirnya dia akan belajar.

    ReplyDelete
  5. kalau guru tak ingin belajar benda baru, berbagai alasan akan mereka bagi. Kalau inilah sikap kita sebagai guru, macamana nak mengajar anak murid kita belajar? Kita tidak boleh berhenti dan kekal di tempat itu sahaja tetapi kita kena berubah dan belajar mengikut jejak dunia yang masa kini, ini hanya pendapat saya sahaja....

    ReplyDelete
  6. Ada juga kesan negatif dalam penggunaan ICT dalam P&P :
    1. guru tidak lagi menyediakan benda-benda maujud rekaan diri yang bersesuaian dengan pelajar-pelajarnya.
    2. guru akan menjadi malas kerana terlalu bergantung kepada alatan ICT.
    3. kreatif dan inovatif guru dalam pembinaan ABM akan terjejas.
    4. interaksi antara guru dengan murid diambil alih oleh alatan ICT yang kurang bersifat " kemunusiaan".
    5. akan ujdnya guru "klik".

    ReplyDelete