Thursday, April 8, 2010

Ubah Sikap dan Minda

Sikap adalah faktor penting kejayaan ataupun kegagalan kita dalam apa jua bidang. Apabila kita sentiasa bersikap jujur, orang sentiasa percaya pada kita. Apabila sekali kita tidak bersikap jujur, orang mula tidak percaya.

Apabila kita dapat berlebih kurang dengan orang lain, nanti orang lain juga berlebih kurang dengan kita. Keadaan yang sama berlaku apabila kita terlalu berkira dan kedekut, nanti orang lain pun turut berkira dan kedekut dengan kita.

Seandainya kita berfikiran terbuka dan bersikap suka mendengar, kita mudah mendapat ilmu dan peluang. Kita perlu tahu sebaik-baik sikap adalah mendengar.

Apabila kita berlagak pandai, nanti orang tidak memberikan ilmu dan peluang kepada kita. Tinggallah kita terkapai-kapai seorang diri. Orang melabelkan kita sebagai bodoh sombong. Kita perlu ingat, ilmu Tuhan ini luas, sehingga mati pun tidak habis.

Satu lagi ialah sikap suka menyalahkan orang lain adalah tidak baik kerana bukan orang lain sahaja yang pernah berbuat salah, kita juga pernah berbuat salah.

Akhir sekali, kita semakin rugi apabila tidak mahu bekerjasama, bantu membantu dan bertolak-ansur. Masihkah ingat cerita kanak-kanak dua ekor kambing menyeberangi sungai dengan sebatang titi?

Apakah nilai moral sebaliknya cerita itu? Mari kita sama-sama renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment